Site icon TechNave BM

Nokia X100 dilancar: Miliki SD 480, skrin 6.67″ dan kamera 48MP berharga ~RM1,050

Nokia baru-baru ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar iaitu Nokia X100. Ia dilengkapi Snapdragon 480, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Selain itu, terdapat slot mikroSD dan 15GB Google Drive. Telefon ini menyokong jalur 5G n25, n41, n66 dan n71.

Pada bahagian hadapannya terdapat skrin LCD IPS 6.67 inci Gorilla Glass 3 beresolusi 1080p+. Kamera swafoto 16 MP terletak pada lubang tebuk (punch hole). Di bahagian belakang terdapat kamera utama 48 MP dengan optik ZEISS, ultra lebar 5 MP, makro 2 MP dan sensor kedalaman 2 MP.

Bateri 4,470 mAh menjanjikan ketahanan bateri sehingga 2 hari dengan sekali cas dengan sokongan pengecasan 18W. Ciri tambahan lain termasuklah Wi-Fi 5 (ac, 2×2 MIMO), Bluetooth 5.1, NFC dan bicu audio 3.5 mm. aptX Adaptive dan aptX Voice disokong untuk fon kepala Bluetooth dan radio FM untuk yang berwayar. Terdapat dua mikrofon pada telefon iaitu tangkapan Audio Spatial OZO dan pengurangan hingar angin serta satu pembesar suara.

Nokia X100 beroperasi menggunakan Android 11 dan memandangkan ianya sebahagian daripada siri X, telefon ini akan menerima kemas kini OS selama 3 tahun dan patch keselamatan bulanan. Namun, kami belum dapat pengesahan rasmi mengenainya di laman rasmi Nokia.

Nokia X100 akan tersedia pada harga $252 (~RM1,050) bermula pada 19 November dan akan meningkatkat kepada $300 (~RM1,245) mengikut telko yang ditawarkan dalam negara berkenaan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version