Site icon TechNave BM

Nokia X30 5G dilancar di Malaysia: Telefon pintar mesra alam dengan bahan kitar semula

Hari ini, HMD Global melancarkan telefon pintarnya yang mesra alam iaitu Nokia X30 5G di Malaysia. Ia dibangunkan di Finland, dibuat dengan 100% aluminium kitar semula dan 65% plastik kitar semula.

Nokia X30 5G dilengkapi dengan ciri premium termasuk fotografi PureView, skrin AMOLED PureDisplay 6.43 inci yang direka bentuk agar lebih muat di tangan, poket atau dompet anda. Ia dilindungi oleh peningkatan OS selama 3 tahun yang bermakna anda boleh menggunakan ciri baharu Android 12. 

Ia juga dilengkapi dengan kemas kini keselamatan bulanan 3 tahun untuk keselamatan maklumat peribadi terutamanya semasa menggunakan perbankan mudah alih, membeli-belah, insurans dan sebagainya.

Telefon pintar ini direka untuk kehidupan seharian dengan bingkai logam yang teguh dan paparan Corning Gorilla Glass Victus yang sangat lasak. Kotak pembelian juga menggunakan bahan kurang plastik, bahan kimia dan lebih banyak perkakasan yang baik.

Anda boleh dapatkan Nokia X30 di pengedar sah Nokia terdekat anda mulai hari ini. Nantikan halaman FacebookInstagram serta kedai dalam talian di Shopee dan Lazada untuk pengumuman produk baharu dan promosi terkini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version