Site icon TechNave BM

Nokia XR30 mungkin dilancarkan: Bezel tebal, dwi-kamera dan bateri 4,600mAh

Nampaknya, Nokia sedang bersedia untuk melancarkan telefon pintar lasak baharunya tidak lama lagi yang mungkin membawa nama Nokia XR30. Sumber dari WinFuture telah berkongsi imej peranti dalam dua warna iaitu hitam dan hijau. 

Berdasarkan imej, Nokia ini akan mempunyai bezel yang tebal. Terdapat butang fizikal yang disertakan pada kedua-dua bahagian kiri dan kanan. Kemudian, dwi-kamera terletak di bahagian belakang peranti bersama-sama dengan logo Nokia dan flash LED.

Telefon bimbit ini dijangka menampilkan kamera utama 64MP, kamera dan ultralebar 8MP manakala kamera hadapan membawa sensor 16MP. Ia dikatakan mempunyai RAM 6GB dan storan 128GB serta bateri 4,600mAh dengan pengecasan berwayar 33W. Akhir sekali, telefon ini juga mempunyai sambungan 5G.

Telefon itu dijangka berharga sekitar $500 (~RM2,229) yang juga mungkin dilancarkan sekitar Julai. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version