Site icon TechNave BM

Nothing akan anjurkan acara pelancaran produk pada 23 Mac 2022

Nothing telah mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan sebuah acara pelancaran pada hari Rabu, 23 Mac 2022 jam 2:00pm GMT (10:00pm waktu Malaysia). Syarikat teknologi itu menamakan acara tersebut sebagai The Truth dan turut berkongsi sebuah video untuk mengumumkannya.

Nothing tidak mengesahkan jenis produk yang akan dilancar, namun besar kemungkinan mereka akan memperkenalkan telefon pintar pertama pada hari tersebut. Dalam laman web Nothing, logo kecil Qualcomm boleh dilihat di situ yang mungkin menunjukkan telefonnya akan dilengkapi cipset Snapdragon.

Logo Qualcomm di bahagian bawah kanan

Sebelum ini, sebuah imej telah tertiris yang memaparkan CEO Nothing, Carl Pei, menunjukkan sebuah telefon prototaip kepada CEO Qualcomm, Cristiano Amon.

Pada tahun lepas, Nothing telah memperkenalkan produk pertama mereka iaitu fon telinga wayarles Nothing ear (1) yang menampilkan rekaan lutsinar serta dilengkapi teknologi pembatalan hingar aktif (ANC). Ia dijual di Malaysia pada harga RM499.

Buat mereka yang tidak mengenali Nothing, ia adalah syarikat teknologi baharu yang diasaskan oleh Carl Pei iaitu salah seorang pengasas OnePlus. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk Nothing seterusnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version