Site icon TechNave BM

Nothing bakal hasilkan telefon pintar, akan dilancar awal tahun 2022

Syarikat Carl Pei iaitu Nothing baru-baru ini telah melancarkan produk pertamanya iaitu sepasang fon telinga wayarles. Belum tamat kehangatan daripada pelancaran Nothing ear (1), Nothing mengumumkan bakal menghasilkan sebuah telefon pintar.

Keputusan ini tidak mengejutkan kerana Carl Pei merupakan pengasas bersama OnePLus. Penghasilan telefon Nothing juga logik berikutan pengumumannya yang menjalinkan kerjasama dengan Qualcomm.

Ia sesuatu yang menarik kerana mengingatkan bagaimana OnePlus telah berubah sejak pemergian Pei dan beliau bergabung dengan Oppo dalam hampir semua aspek termasuk perisian. Nothing juga bakal menggunakan paparan antara muka ColorOS (seperti Realme UI).

Kita perlu menunggu kenyataan rasmi daripada Nothing. Tetapi memandangkan apa yang ditawarkan oleh Nothing ear (1), kita boleh lihat bahawa peranti ini hadir dengan harga yang sewajarnya dan dalam masa yang sama tidak menurunkan harga dengan pesaing utama mereka. Namun, kami rasa terlalu awal untuk membuat keputusan.

Walau bagaimanapun, kami masih belum menerima maklumat rasmi daripada Nothing dan kami mengharapkan telefon pintar Nothing dilancarkan pada awal tahun 2022. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version