Site icon TechNave BM

Nothing bakal lancarkan Nothing Ear (Stick), dedahkan reka bentuk pengecas dan fon telinga

Terdapat laporan daripada akaun Twitter Nothing yang menunjukkan bahawa peranti terbaharu syarikat itu masih dalam pembangunan. Sebelum Nothing Phone (1) dilancarkan, terdapat sedikit maklumat di mana seseorang telah mendedahkan imej set fon telinga baharu daripada syarikat itu.

Nothing Ear (Stick) telah dibawa pada pertunjukan fesyen Chet Lo SS23 pada baru-baru ini. Fon telinga TWS mungkin merupakan pengganti kepada fon telinga Nothing ear (1) atau siri fon telinga yang berbeza.

Berdasarkan imej, salah satu fon telinga Ear (Stick) hampir kelihatan seperti model yang lebih murah. Ear (Stick) mempunyai satu mikrofon kurang daripada Ear (1) yang mungkin membawa Active noise control (ANC) atau mod ambien yang kurang berkesan. 

Namun, maklumat ini hanya berdasarkan imej yang didedahkan. Kami masih tidak ketahui spesifikasi yang akan di bawa oleh Nothing Ear (Stick) dan menunggu kenyataan rasmi daripada syarikat tersebut.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version