Site icon TechNave BM

Nothing ear (1) dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles dengan rekaan lutsinar berharga RM499

Pada hari ini, fon telinga wayarles Nothing ear (1) telah dilancar di Malaysia dan akan dijual pada harga RM499. Fon telinga ini mempunyai rekaan unik dengan rekaan lutsinar yang menunjukkan komponen-komponen dalamannya seperti papan litar, mikrofon dan magnet.

Produk ini dilengkapi pembatalan bunyi hingar aktif (ANC), pemacu 11.6mm yang direka oleh syarikat audio Teenage Engineering, hubungan Bluetooth 5.2 dan Clear Voice Technology untuk kualiti suara yang jelas sewaktu membuat panggilan telefon.

Untuk bateri pula, fon telinga ini boleh bertahan sehingga 34 jam jika digabungkan bersama bateri dalam pengecas. Nothing mengatakan pengecasan selama 10 minit sahaja sudah cukup untuk digunakan selama lapan jam. Pengecasannya boleh dilakukan secara wayarles dengan pengecas Qi.

Ia boleh mula dibeli pada 16 Oktober 2021 di Nothing Shopee Official Store, Senheng, Harvery Norman dan DirectD. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk pertama oleh Nothing ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version