Site icon TechNave BM

Nothing Ear (2) bakal dilancar, tampilkan penarafan IPX4 dan sokongan codec LHDC 5.0

Nothing akan melancarkan set fon telinga wayarles Ear (2) secara rasmi pada 22 Mac ini. Seperti biasa, syarikat itu memberikan sedikit maklumat tentang produk sementara menunggu pelancarannya. Di Twitter, Nothing mendedahkan imej dan dua spesifikasi Nothing Ear (2).

Spesifikasi pertama yang disahkan adalah penarafan IP. Nothing Ear (1) mempunyai penarafan IP53 yang boleh melindungi peranti daripada habuk dan semburan air kecil. Set telinga baharu ini akan mempunyai penarafan IPX4 yang bermaksud ia dilindungi daripada percikan air dan percikan air yang lebih ketara daripada semburan. 

Spesifikasi kedua pula adalah sokongan untuk codec LHDC 5.0. Seperti Nothing Ear (1), ia menyokong codec AAC dan SBC. Nothing juga memberikan banyak maklumat lain menegenai proses pengeluaran Nothing Ear (2). Ia semestinya fon telinga baharu yang dipertingkatkan berbanding model sebelum ini. Ini juga mungkin bermakna harganya mungkin melebihi Nothing Ear (1). 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  Android Authority

Exit mobile version