Site icon TechNave BM

Nothing Ear (3a) dengan 4 pilihan warna sah bakal dilancar pada 7 Julai ini

Nothing mengumumkan fon telinga wayarles terbaharu Nothing Ear (3a) akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Julai ini. Pengenalan produk audio audio itu akan berlangsung serentak dengan majlis pelancaran telefon pintar Nothing Phone (4b).

Melalui video promosi yang dikongsi, Nothing mengesahkan fon telinga itu akan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu putih, hitam, kuning dan merah jambu. Sesi pengenalan rasmi ini dibuat selepas beberapa maklumat awal mengenai peranti berkenaan dikesan tiris pada awal bulan ini.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2026/07/Vinyl_Motion_16x9-1.mp4

Setakat ini, tiada sebarang maklumat spesifikasi teknikal rasmi yang didedahkan oleh Nothing untuk model baharu tersebut. Walau bagaimanapun, maklumat tertiris sebelum ini mendakwa Nothing Ear (3a) akan dijual pada harga pasaran €99 (~RM499) yang mana nilai tersebut menyamai harga jualan model generasi terdahulu iaitu Nothing Ear (a).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version