Site icon TechNave BM

Nothing kembangkan rangkaian produknya, kini perkenalkan Nothing Apparel

Selepas pelancaran jenama dan barisan produk daripada CMF by Nothing, Nothing kini melakukan langkah yang mengejutkan dengan mengeluarkan produk fesyen bawah nama Nothing Apprel. Nothing yang memasuki industri telefon pintar dengan cita-cita untuk melakukan sesuatu di luar kotak dan walaupun telefon pintar mereka sememangnya unik, itu tidak mencukupi. 

Syarikat itu nampaknya mengembangkan cabang mereka ke dalam industri fesyen dengan Nothing Apparel baharu. Nothing yang terkenal dengan ciri-ciri produk teknologi reka bentuknya telah mendedahkan pakaian seragam yang dikatakan untuk pereka, jurutera dan pencipta. 

Inspirasi baju ini telah diambil daripada “perkakasan, pakaian kilang klasik dan identiti visual” Nothing. Siaran X oleh Nothing menyebut bahawa ia akan mula dipamerkan di Dover Street Market di London. Imej baju juga telah dikongsi dengan siaran X oleh Nothing. 

Terdapat juga halaman khusus di laman rasmi Nothing di mana anda boleh mendaftar untuk kemas kini selanjutnya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nothing

Exit mobile version