Site icon TechNave BM

Nothing kini rasmi di Malaysia, bakal lancarkan fon telinga wayarles ear (1)

Syarikat teknologi antarabangsa yang telah dibina oleh Carl Pei, Nothing, kini telah meluaskan sayapnya ke dalam pasaran Malaysia pada hari ini. Nothing Malaysia sudah membina sebuah laman Shopee di mana mereka akan menganjurkan kempen promosi khas untuk para peminatnya di Malaysia.

Kempen ini menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti fon telinga wayarles Nothing ear (1), Shopee Coins serta baucar Shopee bernilai RM50 atau RM100. Untuk menyertainya, peserta hanya perlu ikut (follow) laman Nothing Malaysia di Shopee dan kongsikannya bersama rakan-rakan.

Setakat ini, Nothing telah melancarkan satu sahaja produk iaitu fon telinga wayarles Nothing ear (1) yang menampilkan rekaan lutsinar serta dilengkapi teknologi pembatalan hingar (ANC). Masih tiada maklumat tentang harganya untuk pasaran Malaysia.

Malaysia adalah negara Asia Tenggara pertama yang dimasuki oleh Nothing. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version