Site icon TechNave BM

Nothing lancar laman e-dagang rasmi untuk pembeli di Malaysia

Nothing Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan siri Nothing Phone (3a) untuk pasaran tempatan sekaligus memperkenalkan laman e-dagang rasmi mereka yang kini aktif untuk pengguna Malaysia. Sebelum ini, laman web nothing.tech di Malaysia hanya menyediakan maklumat produk, blog dan pautan ke laman e-dagang lain.

Namun, selepas bertahun-tahun beroperasi di peringkat antarabangsa, kini laman e-dagang tersebut telah dibuka kepada pengguna di Malaysia. Buat masa ini, produk yang boleh dibeli terus dari laman tersebut adalah produk audio Nothing seperti Ear (open), Ear (a) dan Ear.

Bersempena dengan pembukaan tempahan bagi Nothing Phone (3a) dan Nothing Phone (3a) Pro, kedua-dua peranti ini juga boleh ditempah secara langsung di laman nothing.tech. Tambahan, Nothing Malaysia turut mengumumkan kerjasama dengan Remobie Malaysia untuk program tukar beli bagi peranti lama.

Sebagai contoh, set rasmi iPhone 15 Pro Max 1TB Malaysia dengan kotak lengkap serta semua aksesori boleh ditukar pada harga RM4,020 bagi membeli dua unit Nothing Phone (3a) dengan baki bayaran sebanyak RM322.

Pengguna yang berminat boleh mengunjungi laman web rasmi nothing.tech untuk mendapatkan maklumat lanjut serta membuat pembelian atau tempahan peranti terbaharu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version