Nothing telah melancarkan versi 1.1.2 untuk Nothing OS (1) bagi Phone (1). Kemas kini ini membawa beberapa penambahbaikan berguna pada telefon.
Ciri paparan sentiasa hidup (always-on-display) kini akan terpadam secara automatik pada waktu malam. Namun, pengguna masih boleh menukar ciri ini secara manual jika ia ingin dihidupkan sepanjang malam.
Selain itu, kemas kini baharu ini juga mengubah ikon cap jari yang muncul apabila paparan dimatikan dan sekiranya telefon digerakkan sedikit. Pengimbas cap jari itu kelihatan lebih pantas berbanding sebelum ini.
Kemas kini terbaharu mendakwa bahawa prestasi pengecasan dan keserasian dengan pengecas pihak ketiga. Kami tidak tahu sebarang maklumat mengenai peningkatan pengecasan dan maksud keserasian dengan pengecas pihak ketiga kerana telefon boleh berfungsi dengan baik dengan semua pengecas yang dicuba oleh pihak GSMArena.
Tambahan lagi, ia dikatakan dapat menyelesaikan masalah codec Bluetooth, mengoptimumkan butiran UI kecil dan memperkenalkan pembetulan pepijat umum dan peningkatan kestabilan.
Malangnya, terdapat beberapa isu lain dengan telefon masih belum dapat diselesaikan seperti kualiti audio dan pengimbas kunci muka. Namun begitu, telefon ini agak stabil dan boleh menampung kemas kini baharu.
Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: GSMArena

