Site icon TechNave BM

Nothing memperkenalkan CMF, sub-jenama dengan harga mampu milik

Pada penghujung Jun lepas, terdapat laporan bahawa Nothing berpotensi mengeluarkan jam tangan pintar di bawah sub-jenamanya iaitu CMF by Nothing. Kini, Nothing telah mengesahkan kewujudan sub-jenama tersebut.

Pengumuman itu dibuat dalam video YouTube Kemas Kini komuniti Nothing oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Carl Pei. Dalam video tersebut, Pei menjelaskan bahawa CMF akan menjadi jenama yang berbeza berbanding dengan syarikat induk dan dikendalikan oleh pasukan yang berasingan. 

Walaupun Nothing akan terus mendorong inovasi reka bentuk dan mengeluarkan produk premium, sub-jenama itu akan menumpukan pada reka bentuk yang unik serta produk dengan harga yang mampu milik.

Bagi produk yang dibuat oleh sub-jenama baharu ini, CMF sedang mengusahakan jam tangan pintar serta sepasang fon telinga. Pei mengatakan bahawa ini akan dilancarkan akhir tahun ini tetapi tidak berkongsi butiran lanjut tentang kedua-dua peranti.

Kita perlu menunggu produk CMF tiba di Malaysia sebelum ia menjadi penilaian yang adil terhadap harga mampu milik seperti disebutkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version