Site icon TechNave BM

Nothing mengacah rekaan telefon Phone (1) di Twitter

Nothing bakal melancarkan telefon pintar pertamanya, Nothing Phone (1), pada bulan Julai kelak namun setakat ini maklumat mengenai peranti itu masih tidak banyak yang diketahui. Kini Nothing telah berkongsi sedikit rupa telefon itu di Twitter.

Sungguh pun begitu, ia hanyalah poster acahan yang menunjukkan sebahagian sahaja daripada keseluruhan telefon tersebut. Ia mungkin menunjukkan sebuah lensa kamera, lampu kilat LED dan sedikit plastik di bahagian tengah.

Ini adalah berlainan sedikit daripada laporan sebelum ini yang mengatakan permukaan belakang telefon ini akan dibuat daripada bahan lutsinar. Memandangkan kita masih belum mengetahui rekaan keseluruhan telefon ini, bahagian lutsinar itu mungkin berada di bahagian bawah telefon.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nothing Phone (1) dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version