Site icon TechNave BM

Nothing mungkin lancarkan jam tangan pintar pertamanya pada 26 September ini

Carl Pei mengumumkan pada Ogos lalu bahawa Nothing akan melancarkan sub-jenama yang menggunakan nama CMF oleh Nothing. Tidak seperti Nothing, sub-jenama ini tertumpu pada produk mesra bajet. Kini kita tahu bahawa sub-jenama itu akan mengeluarkan produk pertamanya akhir bulan ini.

VP dan GM Nothing India, Manu Sharma, mengumumkan di X bahawa CMF by Nothing akan mengadakan acara pelancaran pada 26 September 2023. Sharma juga membuat pengumuman dengan memberi bayangan bahawa pertunjukan itu akan berlangsung di India dan produk yang diumumkan mungkin eksklusif untuk negara itu.

Walaupun Sharma tidak mendedahkan apa-apa, namun laporan sebelum ini memberi petunjuk tentang perkara yang akan diumumkan. Pada Ogos lalu, khabar angin tertiris mendedahkan produk pemasaran untuk tiga produk CMF iaitu Watch Pro, Buds Pro dan pengecas GAN 65W.

Watch Pro akan menjadi jam tangan pintar Nothing yang pertama. Berdasarkan ketirisan, Watch Pro mempunyai tepi bulat seperti Apple Watch, badan aloi aluminium dan dilengkapi dengan jalur oren. Paparannya mungkin menggunakan AMOLED 1.96 inci dengan sokongan paparan sentiasa hidup (AOD), kecerahan 600 nits dan kadar penyegaran 50Hz.

Spesifikasi lain termasuk GPS terbina dalam dengan Bluetooth 5.3, rintangan air dan habuk IP68, bateri 330mAh dan pelbagai sensor kesihatan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat jam tangan pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version