Site icon TechNave BM

Nothing mungkin perkenalkan subjenama baharu, ‘Particles by XO’ tidak lama lagi

Sehingga kini, pasti kebanyakan peminat gajet tahu mengenai jenama Nothing yang telah melancarkan satu telefon pintar dan dua fon telinga TWS (True Wireless Stereo) sejak tahun lepas. Terdapat laporan baharu mengatakan syarikat itu akan memperkenalkan sub-jenamanya tidak lama lagi. 

Ia mungkin dipanggil “Particles by XO” yang disebut dalam perisian tegar yang dibangunkan oleh Nothing. Sumber itu juga berkongsi beberapa imej fon telinga TWS Paticles by XO. Ini mungkin produk pertama yang akan dilancarkan oleh sub jenama tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada “Particles by XO” adalah nama sebenar sub-jenama. Sekiranya ia seperti “Redmi by Xiaomi”, ini mungkin menunjukkan XO adalah nama syarikat dan Particles sebagai nama barisan produk.

Fon telinga ini akan dilancarkan di Amerika Syarikat tidak lama lagi. Sumber juga menjangka bahawa fon telinga TWS ini mempunyai nama kod B154 dan perisian daripada pelayan Nothing mendedahkan peranti ini bakal hadir dengan pembatalan hingar aktif (ANC) dan sokongan Low Latency High-Definition Audio Codec (LHDC).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: 91Mobiles

Exit mobile version