Site icon TechNave BM

Nothing OS 4.0 tiba dengan Extra Dark Mode, TrueLens Camera dan AI dipertingkat

Nothing hari ini mengumumkan pelancaran Nothing OS 4.0 iaitu versi terbaharu sistem operasi yang dibangunkan berasaskan Android 16. OS baharu ini menampilkan antara muka yang lebih kemas dan konsisten termasuk Extra Dark Mode untuk pengalaman visual yang lebih nyaman dan paparan kunci serta tetapan pantas yang direka semula.

Nothing OS 4.0 turut membawa peningkatan pada kamera melalui enjin baharu TrueLens yang meningkatkan prestasi foto dan menyediakan galeri yang lebih pintar. Selain itu, Nothing OS 4.0 memperkenalkan Dasbor AI yang membolehkan pengguna memantau penggunaan aplikasi berasaskan AI dengan lebih jelas dan mengawal tingkah laku AI secara telus.

Dalam aspek multi tugas, OS baharu ini menyokong mod pop-timbul dua aplikasi yang membolehkan dua ikon aplikasi terapung digunakan serentak bagi memudahkan peralihan antara tugasan. Sistem juga menerima peningkatan kestabilan keseluruhan termasuk akses lebih pantas ke rakaman Bluetooth dan kawalan kecerahan.

Nothing mengumumkan bahawa program beta terbuka untuk OS 4.0 akan dilancarkan tidak lama lagi yang secara tidak langsung memberi peluang kepada pengguna awal mencuba ciri baharu sebelum pelancaran rasmi. Beritahu kami di Facebook jika anda bakal mencubanya dalam masa terdekat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nothing Community

Exit mobile version