Site icon TechNave BM

Nothing Phone (1) akan dilengkapi cipset Snapdragon 778G+

Telefon pertama daripada Nothing iaitu Nothing Phone (1) bakal dilancar pada 12 Julai 2022 dan pengasasnya, Carl Pei, telah berkongsi beberapa spesifikasi utama untuk telefon itu. Baru-baru ini, beliau mengesahkan bahawa Nothing Phone (1) bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 778G+.

Ini adalah sebuah cipset telefon pintar kelas pertengahan lapan teras yang dibina dengan nod proses 6nm serta terdiri daripada CPU Kryo 670 2.5GHz dan GPU Adreno 642L. Berlainan dengan Snapdragon 778G asal, Snapdragon 778G+ dalam Nothing Phone (1) akan menyokong fungsi pengecasan wayarles dan pengecasan wayarles berbalik.

Sebelum ini, Nothing Phone (1) telah pun disenaraikan dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench dengan cipset Snapdragon 778+.

Daripada segi reka bentuk pula, Nothing Phone (1) mungkin akan dilancar dengan warna hitam. Pengkhabar berita teknologi Ishan Agarwal telah berkongsi imej janaan kompuer untuk telefon tersebut dalam warna putih dan hitam.

Setakat ini, hanya warna putih sahaja yang sudah disahkan oleh Carl Pei untuk pilihan warna Nothing Phone (1). Dalam sebuah video iklan untuk telefon itu sebelum ini, sebuah telefon dengan warna hitam boleh dilihat secara ringkas, namun tidak pasti jika ia sekadar prototaip awal untuk Phone (1) atau produk akhir.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Input Mag

Exit mobile version