Site icon TechNave BM

Nothing Phone (1) bakal dilancar pada 12 Julai 2022

Nothing telah mengesahkan tarikh pelancaran untuk telefon pintar pertamanya di Twitter iaitu Nothing Phone (1). Nothing Phone (1) akan dilancarkan pada 12 Julai pada pukul 8.00 pagi secara strim langsung.

Nothing bertemakan “Return to instinct” untuk acara pelancaran ini dengan poster promosi yang didedahkan dalam tweetnya. Syarikat itu telah mengesahkan beberapa butiran mengenai telefon pintar ini termasuk cipset Snapdragon yang akan digunakan. Selain itu, peranti tersebut akan membawa plat belakang lutsinar dan menyokong pengecasan wayarles.

Peranti ini mungkin menampilkan bezel yang seragam dan takuk (notch) yang besar di bahagian atas. Menurut laporan, ia akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 7 Gen 1 sebagai telefon kelas pertengahan pada harga $500 (~RM2,197).

Paparan peranti mungkin menampilkan panel AMOLED FHD+ 6.55 inci dengan kadar penyegaran 90Hz. Android 12 akan dipra-pasang pada peranti bersama kemas kini Nothing Launcher.

Namun, ini hanya sekadar khabar angin mengenai Nothing Phone (1). Kami masih menunggu butiran seterusnya menjelang 12 Julai nanti. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version