Site icon TechNave BM

Nothing Phone (1) dalam senarai SIRIM, mungkin dilancar di Malaysia tidak lama lagi

Nampaknya, kehadiran Nothing Phone (1) di Malaysia mungkin tiba tidak lama lagi. Ini kerana peranti itu telahpun di lihat dalam senarai SIRIM (Standard and Industrial Research Institute of Malaysia) pada baru-baru ini.

Menurut sumber, Nothing Phone (1) telah dikesan di laman web SIRIM di bawah nombor model Nothing A063. Namun, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Jika kita mengikuti pasaran Eropah, ia mungkin dilancarkan pada 21 Julai 2022.

Selain itu, kami juka menjangka bahawa Nothing Phone (1) akan muncul di kedai dalam talian Heyup Lazada. Hanya sebulan yang lalu, kedai ini menjadi pengedar alat teknologi baharu yang menjual Black Shark, Nubia RedMagic, ZTE, Smartmi, YEEUU dan juga peranti Nothing yang akan datang. 

Ia akan dijual pada harga RM2,399 untuk varian 8/256GB dan RM2,699 bagi varian 12/256GB. Anda juga boleh memilih untuk memiliki warna hitam atau putih. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version