Site icon TechNave BM

Nothing Phone (1) miliki sokongan kemas kini perisian sehingga empat tahun

Nothing Phone (1) baru sahaja dilancarkan beberapa hari lepas dan dengan pantas, telefon itu telah habis dijual. Selain itu, pengguna yang berminat perlu mendaftar untuk mendapatkan pemberitahuan jika telefon tersebut mempunyai stok dan tiada varian 8GB + 128GB ditawarkan.

Pada laman web rasmi Nothing, sokongan kemas kini perisian untuk Nothing Phone (1) adalah sehingga empat tahun sahaja. Empat tahun itu termasuk kemas kini keselamatan yang akan dikeluarkan setiap dua bulan menurut Nothing. Kemas kini Android hanya akan bertahan sehingga tiga tahun yang setanding dengan jenama lain seperti Samsung.

Sokongan perisian Nothing adalah lebih baik daripada kebanyakan pengeluar Android yang berhenti selepas setahun. Nothing Phone (1) juga menyokong sambungan 5G tetapi bergantung pada ketersediaan sambungan dan sokongan operator tempatan. Dalam kes Malaysia, syarikat itu perlu melalui rangkaian borong tunggal 5G, Digital Nasional Berhad.

Nothing Phone (1) tersedia dalam warna putih dan hitam dan kami tidak pasti bila ia akan tersedia di Malaysia. Beritahu pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nothing

Exit mobile version