Site icon TechNave BM

Nothing phone (1) mungkin akan dijual melalui sistem jemputan sahaja

Nothing telah mendedahkan kempen melalui poster promosi OnePlus-esque untuk phone (1) yang akan datang. Poster promosi menunjukkan butiran sedikit demi sedikit untuk memastikan peranti ini sentiasa menjadi buah mulut menjelang pelancarannya. OnePlus dan Nothing bekerjasama menggunakan strategi awal OnePlus untuk telefon pintar pertamanya iaitu ‘sistem jemputan’.

Pada asalnya, telefon Nothing (1) akan dijual melalui jemputan sahaja tetapi perancangan ini diubah oleh CEO Nothing, Carl Pei yang amat dikenali sebagai antara pemasar dan pembina terbaik dalam industri ini.

Maklumat tentang ‘sistem jemputan’ boleh dilihat pada penghujung video di atas. Video tersebutmemperincikan reka bentuk telefon dan proses pembuatannya, menunjukkan ia menggunakan bahan aluminium kitar semula.

Sistem jemputan ini mungkin memberikan hasil jualan yang pantas kerana ia tidak akan mengumpul stok telefon untuk dihantar. Syarikat itu juga akan memastikan orang pertama yang mendapat phone (1) adalah mereka yang layak menerimanya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: XDADevelopers

Exit mobile version