Site icon TechNave BM

Nothing Phone (1) mungkin akan ditawarkan dalam warna hitam

Nothing bakal melancarkan telefon pintar pertama, Nothing Phone (1), pada 12 Julai 2022 dan setakat ini reka bentuknya telah pun ditunjukkan kepada orang awam. Telefon itu mempunyai permukaan belakang yang berwarna putih dan mempunyai corak LED yang bertindak balas mengikut status bateri, panggilan telefon dan notifikasi.

Kini dalam sebuah video promosi yang dikongsi oleh Nothing, telefon itu mungkin akan ditawarkan dalam satu lagi pilihan warna iaitu hitam. Dalam satu babak, mereka menunjukkan bebrapa komponen Nothing Phone (1) termasuklah permukaan belakang yang berwarna hitam.

Nothing Phone (1) yang mungkin berwarna hitam (tiga daripada kiri)

Rangka telefon itu juga dilihat mempunyai warna hitam. Jika Phone (1) dilancar dengan warna tersebut, pastinya cahaya putih LED di belakang akan nampak lebih jelas dengan permukaan telefon yang gelap.

Selain itu, video itu juga bercakap mengenai skrin telefon ini yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan cara pembelian yang menggunakan sistem jemputan sahaja.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nothing Phone (1) dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version