Site icon TechNave BM

Nothing Phone (1) mungkin akan menyokong cas pantas 45W

Nothing telah pun mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar pertama, Nothing Phone (1) pada 12 Julai 2022, namun setakat ini tiada spesifikasi telah disahkan untuk telefon itu. Kini sebuah pengiktirafan TUV Singapura mungkin telah menunjukkan kadar pengecasan pantas untuk peranti tersebut.

Menurut pengiktirafan itu, ia menunjukkan sebuah pengecas dengan tanda dagangan “NOTHING” dan kadar pengecasan maksimum 45W. Ia juga mempunyai tiga nombor model iaitu C304, C347 dan C348 yang mungkin menunjukkan tiga jenis palam elektrik untuk pasaran berlainan di seluruh dunia.

Maklumat kadar pengecasan oleh pengecas Nothing
Pengiktirafan TUV untuk pengecas Nothing

Pengecas itu dilihan mempunyai standard pengecasan PPS yang bermaksud ia turut boleh digunakan dengan komputer riba dan telefon Android lain pada kadar pengecasan 45W.

Sebelum ini, Nothing Phone (1) dikhabarkan bakal mempunyai permukaan belakang yang lutsinar, skrin berukuran 6.55 inci, cipset Snapdragon 7 Gen 1 dan akan menyokong pengecasan wayarles.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91Mobiles

Exit mobile version