Site icon TechNave BM

Nothing Phone (2) akan tampilkan skrin 6.7″, kemas kini Android 3 tiga tahun dan keselamatan 4 tahun

Beberapa minggu yang lalu, pengasas Nothing, Carl Pei mengesahkan bahawa Phone (2) akan dilancarkan pada bulan Julai 2023. Ia akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan memuatkan bateri 4,700mAh lebih besar daripada Phone (1). Kini, syarikat itu telah mendedahkan saiz skrin Phone (2).

Skrin Nothing Phone (2) akan menjadi 0.15 inci lebih besar daripada paparan Phone (1) iaitu 6.7 inci secara menyerong. Kami menjangkakan resolusinya FullHD+ seperti panel Phone (1).

Selain itu, Nothing berkata bahawa Phone (2) mempunyai jejak karbon sebanyak 53.45 kg iaitu lebih daripada 5kg berbanding. Jenama itu juga berkata bahawa Phone (2) menggunakan tiga kali lebih banyak bahagian kitar semula atau berasaskan bio daripada Phone (1) dengan pakej runcitnya bebas plastik.

Selain itu, untuk menjadikan Phone (2) lebih mampan, Nothing menjanjikan kemas kini Android selama tiga tahun dan kemas kini keselamatan empat tahun untuk telefon pintar ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter Nothing

Exit mobile version