Site icon TechNave BM

Nothing phone (2) bakal dilancar pada Julai ini tampilkan bateri 4,700mAh

Nothing phone (2) akan dilancarkan pada bulan Julai ini seperti yang disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nothing, Carl Pei. Beliau turut mengeluarkan kenyataan bahawa telefon bimbit itu akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ Gen 1 di akaun Twitternya.

Kini, satu lagi maklumat iaitu Nothing Phone (2) akan hadir secara rasmi pada bulan Julai dengan bateri 4,700mAh. Imej promosi yang anda lihat di bawah telah dikongsi oleh Nothing sendiri pada awal bulan ini. Sepertinya, syarikat itu merancng untuk mengeluarkan satu butiran untuk setiap minggu.

Kapasiti bateri itu 200mAh lebih besar daripada Nothing Phone (1), tetapi tidak cukup di sana dengan standard pada masa kini, iaitu 5,000 mAh. Bagaimanapun ia pasti satu peningkatan dan kita hanya perlu tunggu minggu seterustnya untuk maklumat yang bakal datang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version