Site icon TechNave BM

Nothing Phone (2) telah habis dijual di Crossover, Mid Valley pada hari pertama

Nothing Phone (2) baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 14 Julai 2023. Ia membawa ciri menarik iaitu peningkatan antara muka Glyph dan 11 jalur LED bersegmen dengan 33 jumlah zon pencahayaan LED.

Setiap LED mempunyai fungsi masing-masing seperti menunjukkan kelantangan audio, mengecas bateri dan pemasa. Antara muka Glyph ini boleh disuaikan di bahagian Tetapan (Settings) di mana telefon ini turut menunjukkan ciri-ciri baharu sesudah sahaja telefon diaktifkan.

Telefon ini mua dijual di Crossover, Mid Valley pada 15 Julai 2023. Dengan sokongan padu pengguna, Phone (2) telah habis dijual dalam masa satu hari sahaja dengan penurunan terhad CROSSOVER.

Nampaknya, sambutan kali ini mungkin lebih baik daripada peranti tahun lepas. Nothing Phone (2) hadir dalam warna putih dan kelabu gelap bermula pada RM2,999 untuk varian 12/256GB dan RM3,499 pada 12/512GB.

Ketahui lebih lanjut mengenai spesifikasi yang ditawarkan di laman web nothing.tech. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version