Site icon TechNave BM

Nothing Phone (2a) akan dilancar pada 5 Mac 2024

Nothing mengumumkan bahawa telefon pintar yang seterusnya, Nothing Phone (2a), akan dilancar pada hari Selasa, 5 Mac 2024 jam 11:30 pagi GMT (7:30 malam waktu Malaysia). Ia diumumkan dalam sebuah video pendek dalam YouTube, di mana beberapa individu penting dalam Nothing menghuraikan proses pemikiran mereka sewaktu membangunkan Phone (2a).

Nothing masih belum berkongsi sebarang maklumat mengenai peranti tersebut. Pengasasnya, Carl Pei, sekadar memberitahu bahawa kebanyakan telefon jenama lain tidak memberi fokus yang mendalam terhadap telefon kelas pertengahan, kemudian menghasilkan produk yang tidak berkualiti tinggi dalam kategori telefon tersebut.

Beliau turut menyatakan para pelanggan boleh mengharapkan Nothing Phone (2a) sebagai telefon yang mempunyai prestasi tinggi dan kamera bagus, sambil mendapatkan inovasi unik daripada Nothing. Jadi, Nothing Phone (2a) mungkin akan dijual sebagai sebuah telefon kelas pertengahan.

Di samping itu, pereka produk Nothing, Chris Weightman, turut berkongsi beberapa lakaran ringkas yang dihasilkan sewaktu beliau sedang membangunkan Phone (2a), namun beliau tidak mengesahkan lakaran akhir yang dipilih sebagai rekaan telefon tersebut.

Cogan kata Nothing Phone (2a) adalah “Fresh. Eyes.” dengan logo dua bulatan bersebalahan, yang mungkin menunjukkan rekaan bonggol kamera telefon tersebut seperti dalam gambar yang telah tertiris sebelum ini.

Rekaan Nothing Phone (2a) yang tertiris

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nothing Phone (2a) dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version