Nothing telah melancarkan dua telefon pintar pada tahun ini, Nothing Phone (3a) dan Nothing Phone (3a) Pro, namun kedua-duanya adalah telefon kelas pertengahan sahaja. Kini CEO Nothing, Carl Pei, telah memberi maklumat rasmi mengenai telefon andalan (flagship) terbaru oleh syarikatnya iaitu Nothing Phone (3).
Dalam siaran video The Android Show: I/O Edition oleh saluran rasmi Android dalam YouTube, beliau menyatakan Nothing Phone (3) akan dijual pada harga sekitar £800 (~RM4,590). Beliau turut mengacah kehadiran telefon itu dalam video ini, namun ia telah dikaburkan sepenuhnya.
Beliau turut menyatakan bahawa sebagai sebuah telefon andalan, ia akan dibina dengan bahan premium, menawarkan peningkatan prestasi yang tinggi dan perisian yang lebih bagus. Besar kemungkinan, ia akan dilengkapi cipset terkini oleh Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite.
Untuk waktu pelancaran, beliau berkata Phone (3) akan dilancar pada musim panas, bermaksud ia mungkin akan dilancar dalam tempoh bulan Jun hingga Ogos.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

