Site icon TechNave BM

Nothing Phone (3) berstatus “flagship” bakal dilancar secara rasmi pada Julai ini

Nothing telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaharu Nothing Phone (3) akan dilancarkan secara rasmi pada Julai 2025. Pengumuman ini dibuat selepas CEO syarikat, Carl Pei, menyatakan bahawa peranti ini akan hadir dengan peningkatan prestasi yang ketara, penggunaan bahan premium dan perisian yang lebih canggih.

Daripada segi spesifikasi, Nothing Phone (3) dijangka dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite yang menjadikannya telefon pintar pertama syarikat yang benar-benar berada dalam kategori andalan. Peranti ini juga dikhabarkan akan menampilkan skrin bersaiz antara 6.5 hingga 6.7 inci dan sistem tiga kamera belakang yang merangkumi sensor utama bersaiz besar serta lensa periskop telefoto.

Selain itu, bateri berkapasiti sekitar 5,000mAh turut dijangka disertakan. Daripada segi harga, Nothing Phone (3) dijangka dijual pada harga sekitar £800 (~RM4,600) yang meningkat berbanding model sebelumnya, Phone (2), yang dilancarkan pada harga RM2,999.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version