Site icon TechNave BM

Nothing Phone (3) dijangka membuat penampilan pada MWC 2024

Mobile World Congress (MWC) dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 29 Februari tahun depan dan Nothing telah mula menghantar jemputan untuk penyertaan mereka. Pada tahun 2022, Carl Pei memperkenalkan Phone (1) dan pada MWC 2023, Nothing mengumumkan kerjasama dengan Qualcomm untuk Phone (2). Keterujaan kini berkembang mengenai peranti mereka seterusnya apabila satu poster telah didedahkan.

Poster jemputan baru menunjukkan “simpan tarikh” untuk 27 Februari dengan mesej berunsur misteri “Nothing to see“. Sijil pengesahan mengesahkan bahawa Nothing sedang bekerja untuk satu telefon pintar baru, yang dikhabarkan sebagai Nothing Phone (2a) yang mungkin dilancarkan di India dengan nombor model AIN142.

Ia mungkin membawa spesfikasi skrin AMOLED 6.7-inci dengan lubang tebuk berpusat menempatkan kamera swafoto dan imej yang bocor menunjukkan kehadiran antara muka Glyph yang bersinar di bahagian belakang. Walau bagaimanapun, kami masih tidak pasti nama peranti yang diteteapkan sama ada Phone (3) ataupun Phone (2a).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version