Site icon TechNave BM

Nothing rancang lancarkan komputer riba pada masa hadapan

Nothing merupakan sebuah syarikat teknologi baharu yang telah pun melancarkan dua produk setakat ini iaitu fon telinga wayarles Nothing Ear (1) dan telefon pintar kelas pertengahan Nothing Phone (1). Kini, pengasasnya Carl Pei mendedahkan bahawa syarikat itu sebenarnya mempunyai perancangan untuk lancarkan lebih banyak jenis produk.

Dalam sebuah ciapan, Carl Pei mengatakan Nothing pernah berfikir untuk melancarkan sebuah komputer riba. Mereka juga telah membina beberapa konsep untuk peranti tersebut, namun rancangan itu tidak diteruskan.

Beliau menjelaskan bahawa sebagai syarikat yang baru berusia dua tahun, Nothing perlu menumpukan usaha pada kategori produk sedia ada sahaja pada waktu ini iaitu telefon pintar dan peranti boleh pakai. Oleh itu, mereka mungkin tidak akan melancarkan komputer riba dalam masa terdekat.

Sungguh pun demikian, ini adalah kenyataan yang menarik daripada Carl Pei. Nothing Phone (1) berjaya menjadi antara telefon yang paling dinantikan pada tahun ini, jadi reputasi yang sama mungkin akan berulang untuk komputer Nothing.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer Nothing dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version