Site icon TechNave BM

Nothing sambut ulang tahunnya yang ketiga dengan tawaran penjimatan RM100

Semalam, Nothing mengumumkan ulang tahunnya yang ketiga dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan yang diberikan. Sempena hari istimewa ini, syarikat itu mengadakan program promosi ‘Beli Nothing Phone (2) dan mana-mana produk CMF dengan penjimatan RM100‘.

Untuk pengetahuan anda, Nothing phone (2) terkenal dengan keistimewaan antara muka Glyph yang menerima kemas kini dan membawa 11 jalur LED bersegmen dengan 33 jumlah zon pencahayaan LED. Setiap LED mempunyai fungsi masing-masing seperti menunjukkan kelantangan audio, mengecas bateri dan pemasa. Ulang tahun akan bermula dari 23 hingga 29 Oktober 2023 di semua kedai sah.

Pada bulan lepas, Nothing Malaysia memperkenalkani sebuah sub-jenama khas, CMF By Nothing dengan melancarkan fon telinga wayarles CMF Buds Pro, jam tangan pintar CMF Watch Pro dan pengecas CMF Power 65W GaN Charger. Ketiga-tiga peranti ini boleh didapati pada harga kurang daripada RM400 di Lazada.

Penjimatan ini sudahpun bermula dari 23 Oktober dan akan berakhir pada 29 Oktober 2023 di semua kedai sah Nothing. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version