Site icon TechNave BM

Notis JPJ: Lesen terbatal dan denda jika tidak diperbaharui sebelum 30 Jun ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini mengeluarkan notis yang menyatakan bahawa orang yang mempunyai lesen memandu tamat tempoh mungkin akan dibatalkan lesen mereka jika mereka tidak memperbaharuinya sebelum akhir bulan ini.

JPJ baru-baru ini mengingatkan di laman Facebook rasminya bahawa lesen memandu penuh (CDL), lesen memandu lori (GDL), lesen kenderaan komersial (PSV), lesen memandu plat P (PDL) dan lesen memandu plat L ( LDL) yang sudah tamat tempoh selama 1 hingga 3 tahun perlu diperbaharui sebelum 30 Jun ini.

Pemegang empat kategori lesen memandu ini yang tidak memperbaharuinya pada akhir bulan ini akan berdepan kesulitan kerana lesen memandu mereka bakal ditarik semula selain didenda kerana tidak memiliki lesen memandu.

Berikutan perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19, Kementerian Pengangkutan mengumumkan bahawa pembaharuan lesen pemandu dilanjutkan hingga 31 Disember tahun lepas supaya pemandu boleh menggunakan lesen mereka yang telah tamat tempoh.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Facebook JPJ

Exit mobile version