Site icon TechNave BM

nubia acah produk 2022, terdapat set kepala VR, monitor “gaming” dan Red Magic 7

nubia sedang bersiap sedia untuk tahun 2022. Ia mengacah di Weibo bahawa sedang merancang untuk mengeluarkan beberapa peranti tahun ini termasuk set kepala VR-nya sendiri yang akan disambungkan kepada metaverse Red Magic, penghala (router) dan monitor gaming.

Menurut maklumat yang tertiris, telefon gaming nubia Red Magic 7 akan dikeluarkan pada bulan Februari. Metaverse telah menjadi perkataan hangat pada tahun 2022 kerana digambarkan sebagai persekitaran VR yang dikongsi oleh orang sebenar yang memakai set kepala VR.

Ia menjadi popular kerana buat masa sekarang ramai yang bekerja dari rumah. Red Magic 7 akan kelihatan serupa dengan versi sebelumnya dan akan mempunyai pengesan sensor sentuhan pada bahagian sisi telefon. Ia akan dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 dan kami menjangkakan ia juga mempunyai paparan 165Hz.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version