ZTE menerusi subjenamanya, Nubia, mengesahkan bahawa peranti baharu yang dinamakan Nubia Air akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Berdasarkan pengumuman rasmi yang dibuat, pelancaran dijadualkan berlangsung pada 17 Oktober 2025.
Ia muncul sebagai salah satu telefon kelas pertengahan yang menumpukan kepada rekaan nipis sekitar 5.9 milimeter dan prestasi seimbang. Peranti ini dijangka hadir dengan paparan AMOLED bersaiz 6.78 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Untuk prestasi, Nubia dilaporkan menggunakan cip Unisoc T8300 digandingkan bersama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.
Daripada segi fotografi, peranti ini dipercayai dilengkapi kamera utama 50MP dan kamera swafoto 20MP. Selain itu, Nubia Air turut dilengkapi bateri 5,000 mAh dan dijangkakan menyokong sistem pengecasan pantas.
Kemunculan Nubia Air dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia khususnya mereka yang mencari peranti nipis bergaya dengan spesifikasi kompetitif pada harga pertengahan. Butiran rasmi mengenai harga jualan dan promosi awal dijangka akan dikongsi semasa pelancaran rasmi kelak.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

