Site icon TechNave BM

Nubia bakal lancarkan telefon gaming dengan skrin 144Hz di MWC

Nubia mengesahkan bahawa mereka akan hadir ke Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2020 pada hujung bulan ini untuk melancarkan telefon pintar flagship gaming-nya yang terbaru, Red Magic 5G. Buat masa ini, syarikat China itu memberi sedikit maklumat tentang peranti itu termasuk kewujudan pengecasan pantas 80W dan paparan 144Hz.

Presiden Nubia, Ni Fei, telah memuat naik beberapa poster di laman Weibo peribadinya di mana beliau juga menyatakan bahawa Red Magic 5G adalah telefon gaming 144Hz 5G yang pertama dalam dunia. Telefon itu akan dilengkapi cipset Snapdragon 865 5G yang mampu menyokong kadar segar semula 144Hz dengan resolusi QHD+. Red Magic 5G juga akan dilengkapi LPDDR5 RAM yang akan berfungsi dengan pengawal memori Snapdragon 865.

Demi menjaga kelangsungan kapasiti bateri peranti itu, Ni Fei mengatakan telefon itu akan dilengkapi kipas dalaman untuk mengelakkan baterinya daripada menjadi terlalu panas sewaktu pengecasan. Ini diharap akan menyelesaikan masalah pengurangan kapasiti bateri yang sering dikaitkan dengan teknologi pengecasan pantas.

Apakah anda berminat untuk mendapatkan Red Magic 5G ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version