Terbaharu, Nubia telah memperkenalkan telefon pintar lipat terbaharu nubia Fold yang dijadualkan dilancarkan sekitar Disember 2025. Peranti ini menyasarkan pasaran peranti premium dengan kombinasi prestasi kuat, bateri tahan lama dan paparan besar.
nubia Fold hadir dengan skrin utama bersaiz 8 inci beresolusi 2,480 × 2,200 manakala skrin penutup 6.5 inci menawarkan resolusi 2,748 × 1,172. Kedua-dua panel menyokong kadar segar semula 120Hz dengan mod split-view untuk aplikasi tertentu. Peranti ini berukuran 144 × 160 × 5.4mm apabila dibuka, 11.1mm apabila dilipat dan mempunyai berat 249g.
nubia Fold menggunakan cip Snapdragon 8 Elite dipadankan dengan RAM 12GB serta storan 256GB dan menjalankan Android 15. Ia turut menawarkan penarafan IP54, memberi perlindungan asas terhadap habuk dan percikan air. Untuk kamera, telefon ini menampilkan tetapan tiga kamera belakang dengan kamera utama 50MP, ultralebar 50MP dan makro 5MP.
Selain itu, terdapat dua kamera swafoto 20MP yang masing-masing pada skrin utama dan skrin penutup. Melengkapkan pakej ini ialah bateri 6,560mAh yang menyokong pengecasan pantas 55W. nubia Fold hanya ditawarkan dalam warna hitam dengan harga JPY 178,560 (~RM5,700). Selepas pelancaran di Jepun, peranti ini dijangka tiba untuk lebih banyak pasaran global pada tahun 2026.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Y!Mobile

