Site icon TechNave BM

nubia Music dilancar di Malaysia: Telefon mampu milik dengan fokus pada muzik berharga RM389

Pada hari ini, ZTE Malaysia telah melancarkan telefon pintar mampu milik yang terbaru iaitu ZTE nubia Music. Telefon mampu milik ini mempunyai beberapa ciri yang dikhaskan untuk para penggemar muzik, seperti bicu audio 3.5mm dan pembesar suara yang sangat lantang.

Ciri utama telefin ini adalah ia dilengkapi pembesar suara yang boleh memainkan audio pada tahap volume 600%, membuatkannya sangat kuat dan sesuai digunakan sebagai pembesar suara mudah alih. Selain itu, ia mempunyai dua bicu audio 3.5mm yang membenarkan anda mencucuk dua fon telinga serentak dan memudahkan perkongsian muzik dengan orang lain.

Boleh memainkan volume sehingga 600%
Boleh dihubungkan dengan dua fon telinga berwayar serentak
Boleh digunakan sebagai radio FM, tanpa memerlukan fon telinga sebagai antena

Jika anda merupakan seorang pendengar radio FM, anda tidak perlu menghubungkan fon telinga berwayar untuk digunakan sebagai antena. Sebaliknya, telefon ini mempunyai antena FM dalaman yang boleh memainkan radio FM tanpa bergantung kepada fon telinga.

Rekaannya juga agak menarik dan bertemakan muzik. Bonggol kameranya mempunyai bentuk bulat yang menyerupai vinil, manakala butang kuasanya pula berwarna merah. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu jingga Zeal Orange serta POP Art yang menggabungkan warna biru, merah, kuning dan putih.

Efek pencahayaan dengan warna boleh berubah pada bahagian sempadan skrin

Pada bahagian skrin pula, sewaktu anda memainkan muzik, bahagian sempadan skrin akan diterangkan dengan efek warna berubah-ubah (dreamy breathing light) untuk efek muzik yang lebih menarik.

Lain-lain fungsi dan spesifikasi nubia Music adalah serupa seperti kebanyakan telefon mampu milik yang lain. Berikut adalah spesifikasi penuh nubia Music:

nubia Music boleh dibeli dari Shopee atau Lazada. Layari laman web ZTE Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version