Site icon TechNave BM

nubia Neo 2 5G dilancar di Malaysia: Tampilkan ‘Dual Gaming Shoulder Triggers’ berharga RM999

Siri nubia Neo melancarkan peranti andalan terbaharunya, nubia Neo 2 5G yang dicipta untuk memenuhi keperluan pemain kasual dan peminat dengan mengutamakan ergonomik dan prestasi untuk memastikan sesi gaming yang luar biasa.

Menampilkan Dual Gaming Shoulder Triggers, Neo 2 5G dapat membantu pemain dengan kawalan yang tepat, merevolusikan kawalan game untuk pergerakan yang dipertingkatkan. Dengan paparan FHD+ 6.72 inci dan kadar penyegaran semula 120Hz, ditambah dengan Live Island Interactive, pengguna akan mendapat visual yang pekat dan produktiviti yang dipertingkatkan.

Meningkatkan pengalaman audio, Neo 2 5G menawarkan dwi pembesar suara stereo dengan DTS:X Ultra untuk memastikan ketepatan bunyi dan rendaman dari semua arah. Selain itu, peranti ini menawarkan kecekapan kuasa yang dipertingkatkan dengan bateri 6,000mAh dan pengecasan pantas 33W, membolehkan sesi gaming lanjutan tanpa gangguan.

Tambahan pula, konfigurasi memori dinamik sehingga 20GB dan Game Space 2.0 menawarkan pelbagai tugas yang lancar dan penyesuaian permainan yang tiada tandingan. Berikut adalah spesifikasi ringkas Nubia Neo 2 5G:

Prapesanan untuk nubia Neo 2 5G termasuk Fon Telinga Bluetooth ZTE percuma bernilai RM159 (unit terhad), bermula daripada 23 hingga 27 April 2024, dengan stok sedia tersedia mulai 28 April dan seterusnya. Warna yang ditawarkan adalah Sunfire Yellow, Frost Silver dan Storm Grey dengan kofigurasi (8+12)GB dan storan 256GB pada harga RM999.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version