Site icon TechNave BM

nubia Neo 3 5G dan nubia Neo 3 GT 5G dilancar di Malaysia dengan AI Game Space 3.0 bermula RM999

nubia secara rasmi melancarkan dua telefon pintar gaming terbaharunya iaitu nubia Neo 3 5G dan nubia Neo 3 GT 5G, yang menawarkan prestasi tinggi untuk gaming tanpa harga premium. Kedua-dua model ini menampilkan rekaan futuristik, skrin besar dan jelas dengan kawalan pintar untuk permainan dan audio yang imersif.

Neo 3 menyasarkan pengguna kasual dan gamer tegar dengan ciri seperti pencetus bahu (shoulder triggers), bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas serta paparan 120Hz. Manakala Neo 3 GT hadir sebagai versi lebih premium dengan paparan OLED lebih cerah, penyejukan VC canggih dan pengecasan pantas 80W.

Kedua-dua model menyokong AI Game Space 3.0 yang lengkap dengan pembantu maya, kawalan suara dan penyesuaian prestasi pintar untuk game seperti Mobile Legends dan Free Fire MAX. Untuk kamera, kedua-duanya menampilkan sistem dwi kamera 50MP dan kamera depan 16MP dengan ciri AI seperti HDR dan Night Mode.

Spesifikasi nubia Neo 3 5G:

Spesifikasi nubia Neo 3 GT 5G:

Neo 3 hadir dalam warna Shadow Black, Cyber Silver dan Titanium Gold manakala Neo 3 GT tampil dengan reka bentuk Cyber-Mecha serta pilihan warna Interstellar Gray dan Electro Yellow. Kedua-duanya akan mula dijual di Shopee bermula 21 April 2025. Bagi mereka yang berminat, anda boleh lawati laman web rasmi ZTE di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version