nubia Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran nubia Neo 3 GT 5G White Hailstone Limited Edition x Free Fire iaitu edisi khas yang hanya dikeluarkan 500 unit di seluruh negara. Model ini mula dijual 13 November 2025 dengan tawaran rebat segera RM200 sepanjang tempoh promosi bulan November.
Dijual pada harga RM1,399, telefon ini hadir dengan konfigurasi RAM 8+12GB dan storan 256GB lengkap dengan kotak hadiah eksklusif bernilai RM299 yang mengandungi gamepad, Demi badge dan sarung telefon edisi khas Free Fire. Pembelian boleh dibuat melalui Shopee Official Store nubia Malaysia atau kedai fizikal di IOI City Mall Putrajaya, IOI Mall Puchong dan Lowyat Plaza.
Peranti ini dikuasakan cip Unisoc T9100 6nm 5G dan dilengkapi paparan OLED 120Hz, sistem penyejukan VC 4,083mm² serta bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 80W. Ia turut menampilkan sistem kamera AI 50MP, audio stereo DTS:X Ultra dan beberapa ciri AI pintar seperti terjemahan masa nyata serta AI Conversation Translate.
Setiap unit edisi White Hailstone direka dengan kemasan khas berinspirasi Free Fire yang disasarkan kepada peminat permainan mudah alih dan kolektor. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

