Site icon TechNave BM

nubia Play 5G dilancarkan di China dengan Snapdragon 765G dan skrin 144Hz berharga ~RM1489

Terkini, jenama telefon pintar gaming di China telah melancarkan satu lagi peranti khas untuk gaming, nubia Play 5G. Untuk pengetahuan anda, nubia Play 5G memiliki skrin dengan kadar segar semula 144Hz yang tinggi, sama seperti skrin pada peranti nubia sebelumnya, nubia Red Magic 5G.

nubia Play 5G dikatakan sebagai peranti gaming 5G dengan harga yang berpatutan. Jika anda ingin membayangkan prestasinya, anda perlu mengetahui beberapa spesifikasi menonjol pada peranti ini. Dengan janaan cipset Snapdragon 765G, kadar segar semula tinggi dan kadar sentuhan 240Hz, pengalaman skrin pastinya lebih lancar. Bukan itu sahaja, sistem penyejukan ICE 2.5 bakal melengkapkan pengalaman yang hampir sempurna untuk gaming. Semak spesifikasi asas seperti di bawah!

Antara spesifikasi lain yang menarik pada peranti ini adalah Touch Choreographer. Ciri ini adalah teknologi khas untuk mengelakkan daripada kadar frame menurun dan meningkatkan lagi kelancaran gaming!

Melalui pelancarannya di China, ia hadir dengan beberapa varian, sekaligus mempunyai harga yang berbeza. Varian 6GB+128GB berharga 2399 Yuan (lebih kurang ~RM1489), varian 8GB+128GB berharga 2699 Yuan (lebih kurang ~RM1,676 dan varian 8GB+256GB berharga 2999 Yuan (lebih kurang ~RM1,862).

Adakah anda akan memilikinya jika ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version