Terkini, CEO nubia sendiri, Ni Fei telah mengongsikan beberapa maklumat mengenai nubia Play 5G di laman Weibo. Maklumat ini bukan sahaja terdiri daripada tarikh pelancarannya, tetapi juga beberapa spesifikasi penting seperti kamera utama nubia Play 5G.
Menurut sumber, nubia Play 5G bakal dilancarkan pada 21 April ini secara dalam talian, jam 7PM (waktu Malaysia). Beliau turut mendedahkan beberapa contoh gambar yang telah diambil daripada kamera utama nubia Play 5G yang diyakini memiliki sensor Sony IMX586 48MP dan kamera selfie 12MP. Berdasarkan gambar ini, berkemungkinan ia turut menyokong tangkapan makro dan mod malam yang baik!
Setakat ini, spesifikasi nubia Play 5G yang boleh dijangkakan adalah bateri berkapasiti 5100mAh bersama pengecasan pantas 30W. Peranti ini bakal dioperasikan oleh cipset Snapdragon 765G.
Adakah spesifikasi ini memenuhi kriteria telefon pintar yang anda ingin dapatkan? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

