Site icon TechNave BM

Nubia Red Magic 5G dengan paparan kadar segar semula 144Hz akhirnya akan mendarat pada 12 Mac

Penantian sudah berakhir! Hari ini, Nubia mengeluarkan pengesahan rasmi bahawa syarikat itu akan melancarkan Nubia Red Magic 5G pada 12 Mac 2020. Minggu ke minggu, kita telah melihat pelbagai khabar angin dan kebocoran yang muncul di Internet. Anda semua harus tahu betapa hebatnya tentang peranti gaming itu tidak lama lagi.

Terdahulu, kami telah berkongsi mengenai spesifikasi teknologi Nubia Red Magic 5G yang terdapat pada senarai TENAA. Telefon pintar gaming ini akan memaparkan paparan 6.65 inci yang dilengkapi dengan kadar segar semula 144Hz. Nubia juga turut berbangga kerana peranti itu akan menjadi yang pertama di dunia dengan mempunyai kadar penyegaran yang tinggi. Selain itu, ia akan memuatkan cipset Snapdragon 865 Qualcomm yang menyokong 5G sehingga 16GB RAM.

Dari segi reka bentuk, imej bocor sebelum ini menunjukkan telefon itu akan mempunyai tiga kamera berbaris di bahagian belakang. Ia juga menunjukkan bahawa Red Magic 5G akan mempunyai dua warna menggabungkan merah dan biru, memberikan getaran futuristik kepada pengguna.

Beritahu kami jika anda teruja untuk menanti hari pelancaran Nubia Red Magic 5G di laman Facebook kami. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version