Site icon TechNave BM

Nubia Red Magic 5G, peranti pertama mencapai Ultra-144 di GameBench

Dengan jumlah nombor sedemikian, hal ini sudah dijangkakan untuk terjadi. Rakan teknologi di GameBench baru-baru ini telah menguji Nubia Red Magic 5G dengan beberapa game di GameBench dan keputusannya adalah hebat. Salah satu daripada tiga game yang diuji, peranti tersebut telah mencapai markah median 144 FPS melalui game Real Racing 3, sekaligus menjadikan ia peranti pertama yang mencapai keputusan ini.

Menurut perkongsian blog GameBench, Red Magic 5G kini memiliki lencana Ultra-144 untuk Real Racing 3. Ia juga memperoleh mata 90 FPS untuk PUBG Mobile dan 60 FPS untuk Arena of Valor. Sementara Real racing 3 adalah game yang agak lama, dua game yang lain adalah game yang lebih terkini. Prestasi Red Magic 5G disini membuktikan bahawa peranti ini berfungsi dengan baik untuk gaming mudah alih.

Berdasarkan yang telah dimaklumkan di dalam artikel sebelum ini, peranti ini bakal dioperasikan oleh cipset Snapdragon 865. GameBench juga mengesahkan bahawa ia bakal mempunyai RAM 12GB, storan dalaman 256GB, bateri 5000 mAh dan penyejukan aktif untuk memastikan suhu peranti terkawal. Paparannya juga akan menyokong kadar segar semula yang boleh diubah suai sehingga 144Hz untuk menambah prestasi gaming.

Red Magic 5G kelihatannya dibina untuk menjadi telefon pintar gaming yang hebat, salah satu yang bakal maju dalam gaming dengan paparan yang memaksimumkan prestasinya. Persoalannya, bilakah ianya bakal dilancarkan dan adakah anda akan menyambarnya jika ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama TechNaveBM.com untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version