Site icon TechNave BM

nubia Red Magic 6 disahkan, akan dilengkapi pengecasan 120W

Sebelum ini, sebuah peranti nubia telah dikesan dalam GeekBench di mana ia merupakan telefon yang dilengkapi cipset andalan (flagship) Snapdragon 888. Kini nubia telah pun mengesahkan kewujudan telefon baru bernama Red Magic 6 melalui poster baru yang dimuat naik dalam Weibo.

nubia memaklumkan bahawa telefon itu dilengkapi pengecasan pantas 120W dan bateri 4,500mAh. Bateri tersebut mempunyai kapasiti yang sama dengan Red Magic 5S, namun pengecasannya telah meningkat lebih dua kali ganda daripada 55W.

Penyenaraian Geekbench sebelum ini menunjukkan peranti nubia NX669J dengan Android 11, RAM 8GB dan cipset Snapdragon 888. Setakat ini masih tiada maklumat tentang pelancarannya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version