Site icon TechNave BM

nubia Red Magic 6 Pro hadir dengan cas pantas 120W, 0-50% dalam 5 minit

nubia bakal melancarkan siri telefon gaming mereka yang baru iaitu siri Red Magic 6 pada 4 Mac ini. Siri telefon gaming ini dijangka akan hadir dengan dua model, Pro dan biasa. Model Pro telefon ini akan dilengkapi bateri 4,500 mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W.

Terbaru, CEO nubia memberitahu bahawa Red Magic 6 Pro akan hadir dengan pengecas di dalam kotak dan ia dapat mengecas telefon itu dari 0-50% dalam masa 5 minit sahaja.

Pengecas yang diberikan di dalam kotak telefon ini adalah jenis Galium Nitrida (GaN) iaitu pengecas yang lebih kecil, ringan dan cekap. Pihak nubia juga menyatakan bahawa mereka telah memastikan bahawa telefon Red Magic 6 Pro ini tidak akan terlebih panas apabila menggunakan pengecas ini.

Untuk spesifikasi lain, siri Red Magic 6 dikhabarkan akan menggunakan cipset Snapdragon 888.

Nantikan berita lanjut mengenai siri telefon Red Magic 6 ni di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version