Site icon TechNave BM

nubia Red Magic 6R akan dilancar 27 Mei ini, telefon gaming yang lebih berpatutan

Terbaru, nubia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah lagi telefon gaming dari siri Red Magic 6 pada 27 Mei ini. Nama peranti tersebut adalah Red Magic 6R dan ia adalah peranti pertama nubia dengan huruf ‘R’ dibelakangnya.

Khabar angin dalam talian memberitahu ini adalah peranti nubia NX666J yang telah dikesan di pensijilan TENAA pada bulan lalu. Melihat kepada bentuknya, ia tidak hadir dengan rupa paras yang agresif. Namun begitu, ia masih mengekalkan spesifikasi padu termasuklah cipset Snapdragon 888, RAM 12GB dan kamera 64MP.

Selain dari itu, peranti ini juga telah dikesan di pensijilan 3C dengan pengecasan pantas 55W bersama bateri 4,100mAh. Ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pengecasan 120W yang ada pada Red Magic 6 Pro.

Peranti ini dikhabarkan adalah model yang lebih berpatutan dari siri Red Magic 6.

Nantikan berita lanjut mengenai Red Magic 6R di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version